Monday, August 4, 2008

Hukum dan fadhilat solat berjamaah

Hukum dan Fadhilat Berjamaah

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية: 18.

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18

Solat berjemaah sangat dituntut dalam ajaran Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Hukum Solat Berjemaah.

Sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

Kesimpulannya, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama. Kerana inilah Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah.

Bahkan sembahyang berjemaah dan menghidupkan masjid merupakan tanda keimananannya. Firman Allah SWT: Hanyasanya yang memakmurkam masjid-masjid ialah orang yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat. Surah at-Taubah: 18. Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman. Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Berkata Ibnu Mas'ud: Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas sikap munafiqnya. Riwayat Muslim. Begitu juga haramnya bagi seluruh orang Islam di sesuatu kawasan untuk meninggalkan solat berjemaah, kerana itu bererti menghapuskan satu daripada syiar Islam. Maka mereka wajib dikenakan tindakan oleh pemerintah, sekalipun mereka semua menganggap hukumnya hanyalah sunat muakkadah.

Adapun berjemaah pada solat sunat, maka ia adalah harus, kerana Rasulullah s.a.w. beberapa kali pernah melakukannya. Dan terdapat beberapa solat sunat yang memang disunatkan berjemaah. Dan tuntutan solat berjemah tidak dikenakan kepada perempuan, kanak-kanak dan juga para musafir.

Fadhilat Solat Berjemaah

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah

عَنْ أَبِيْ الدَّرْدَاءِ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي.

Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.

Ancaman Kepada Yang Berterusan Meninggalkan Solat Berjemaah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ...وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ, ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ, ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ, إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: …sesungguhnya memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku suruh seseorang untuk mengimami para jemaah,dan aku pula keluar dengan beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Meninggalkan Jemaah Sifat Orang Munafiq

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ, فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى, وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى, وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ, وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ ...وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Sesiapa yang suka untuk berjumpa Allah di besok hari (qiamat) dalam keadaan muslim (selamat), maka hendaklah dia menjaga sembahyang-sembahyang fardu (dengan dilakukan berjemaah) di mana sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada Nabi kamu sunanul huda (jalan-jalan hidayah), dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada sunanul huda. Maka jika kamu bersembahyang di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersembahyang di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat…Dan sesungguhnya kami (para sahabat) menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk berjemaah melainkan orang munafiq yang jelas kemunafiqannya. Dan sesungguhnya ada seorang lelaki (di kalangan kami yang uzur) dibawa (juga untuk berjemaah) dengan dipapah oleh dua orang, (dipapah) sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf (sembahyang). Hadis riwayat Muslim.

Solat Yang Paling Susah Bagi Munafiqin Untuk Berjemaah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ, وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". Riwayat Bukhari Muslim.

Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ, سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ, وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadis riwayat Muslim.

Celaan Kepada Yang Malas Datang Berjemaah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ الْعِشَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang mana jiwaku berada dalam tanganNya (kekuasaanNya)! Kalaulah salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa mereka akan mendapat seketul daging yang gemuk atau mendapat dua ketul daging yang baik daripada dua celah kuku kambing, nescaya mereka akan datang berjemaah solat Isya'. Hadis riwayat Bukhari.

Hukum Wanita Datang Berjemaah

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ. رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menghalang para wanita untuk datang ke masjid-masjid Allah SWT". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Syariah, Universiti Mu'tah, Jordan. 0136353463, tasekpauh@yahoo.com.my


Rujukan:

http://tasekpauh.blogspot.com/2006/11/ibadah-siri-1-solat-berjamaah-dan.html

Jenis-jenis solat

JENIS-JENIS SOLAT

  • Solat terbahagi secara umumnya kepada dua jenis sahaja iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat Juma‘at juga merupakan salah satu solat fardhu tetapi ia disyari‘atkan bagi menggantikan solat Zuhur kepada golongan tertentu. Solat fardhu juga kadangkala dilakukan semasa bermusafir dan cara-caranya lebih berbentuk fleksibel. Sementara solat sunat nafilah mempunyai banyak jenis dan bentuknya.

SOLAT FARDHU

Bentuk Solat Fardhu

  • Solat fardhu mempunyai beberapa bentuk ketika hendak melakukannya, iaitu:

    1. Solat Berjama‘ah.

    2. Solat Juma‘at.

    3. Solat Musafir.

    4. Solat Khauf.


SEMBAHYANG BERJAMA‘AH

  • Sembahyang berjama‘ah bermaksud menggabungkan sembahyang ma’mum dengan sembahyang imam. Jama‘ah terhasil dengan bilangan dua orang atau lebih.
  • Hukumnya adalah fardhu kifayah kecuali sembahyang Juma‘at. Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh sekumpulan penduduk dalam sesebuah tempat atau kawasan.
  • Namun demikian, terdapat beberapa keuzuran yang dibenarkan syara‘ untuk tidak menghadirkan diri ke masjid bagi mendirikan sembahyang berjama‘ah seperti berikut:

1. Keuzuran umum seperti hujan, angin yang kuat pada waktu malam, jalan terlalu becak dan berlumpur.

2. Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya, ketika menahan diri daripada berlaku hadath (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar. Begitu juga seseorang yang makan makanan yang berbau busuk, atau berpakaian dengan pakaian yang kotor dan berbau yang boleh mengganggu orang lain.


Syarat Imam

1. Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.

2. Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.

3. Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.

Cara mengikut Imam

1. Ma’mum hendaklah tidak berada di hadapan imam. Makruh sekiranya ma’mum berdiri selari dengan imam, tetapi yang sunatnya ialah di belakang sedikit dari imam. Ukuran yang diambilkira sama ada berada di hadapan atau di belakang ialah tumit kaki.

2. Ma’mum hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam. Hukumnya makruh jika dilakukan serentak dengan imam pada selain takbiratul ihram.

3. Ma’mum hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam, melainkan jika ada keuzuran seperti bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut imam dengan tiga rukun yang panjang.

4. Ma’mum hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun sama ada dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf atau mendengar suara imam atau muballigh (penyampai takbir imam).

5. Jarak tempat antara ma’mum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika kedua-duanya sembahyang di luar masjid. Jika sembahyang didirikan dalam masjid, maka ikutan ma’mum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara kedua-duanya.

6. Ma’mum hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika takbiratul ihram.

SEMBAHYANG JUMA‘AT

  • Sembahyang Juma‘at telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam juga menegaskan dengan sabdanya: “Sembahyang Juma‘at adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”

Syarat Wajib Juma‘at

1. Mukallaf, iaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.

2. Kemerdekaan yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Juma`at.

3. Lelaki, ia tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada mereka.

4. Sihat tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.

5. Bermukim di tempat Juma`at didirikan.


Syarat Sah Juma‘at

1. Sembahyang itu hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama ada di pekan atau di kampung yang penduduknya bertaraf mastautin.

2. Bilangan ahli Juma‘at yang cukup syarat tidak kurang daripada empat puluh orang yang cukup syarat.

3. Bilangan ahli Juma‘at berkekalan dari awal khutbah hingga tamatnya sembahyang.

4. Didirikan dalam waktu Zuhur. Jika waktu Zuhur telah sempit, tidak cukup untuk didirikan sembahyang Juma‘at, maka mereka wajib mendirikan sembahyang Zuhur.

5. Tidak berbilang-bilang Juma‘at pada satu tempat selama ia boleh dibuat dalam satu jama‘ah kecuali penduduk terlalu ramai sedangkan tempat adalah sempit.


Fardhu Juma‘at

Ia terdiri daripada dua fardhu, iaitu khutbah dan sembahyang dua raka‘at. Sembahyang Juma‘at hendaklah didirikan dengan dua raka‘at secara berjama‘ah selepas khutbah. Untuk mendapatkan jama‘ah dalam sembahyang Juma‘at, hanya disyaratkan mendapatkan satu raka‘at yang penuh. Sekiranya ia diperolehi, maka sembahyang Juma‘at adalah sah dan jika tidak, ia wajib ditukar kepada Zuhur.


Rukun Khutbah

1. Memuji Allah subhanahu wata‘ala dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun terdapat di dalam isi kandungan ayat yang dibaca.

2. Bersalawat ke atas Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam dengan mana-mana perkataan yang memberi maknanya.

3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz.

4. Membaca satu ayat daripada Al-Qur’an yang dapat memberi kefahaman dan mempunyai makna yang jelas pada salah satu daripada dua khutbah.

5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua.


Syarat Khutbah

1. Khatib berdiri ketika berkhutbah sekiranya ia berkuasa untuk berbuat demikian. Kedua-dua khutbah tersebut hendaklah dipisahkan dengan duduk.

2. Tidak dikemudiankan daripada sembahyang.

3. Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadath kecil dan besar, serta najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan atau tempatnya dan berada dalam keadaan menutup ‘aurat.

4. Rukun-rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab biarpun tidak difahami oleh para jama‘ah.

5. Berturut-turut di antara rukun-rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama dengan khutbah kedua serta antara khutbah kedua dengan sembahyang.

6. Rukun kedua-dua khutbah tersebut hendaklah didengari oleh empat puluh orang yang mencukupi syarat-syarat sah sembahyang Juma‘at.


SEMBAHYANG ORANG YANG BERMUSAFIR

  • Bermusafir adalah suatu yang berbentuk azab. Disebabkan musafir, manusia kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh itu, Allah subhanahu wata‘ala telah memberikan kepada mereka dua bentuk keringanan dalam sembahyang seperti berikut:

1. Memendekkan bilangan raka‘at yang dinamakan qasar.

2. Menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.

  • Perjalanan yang membolehkan sembahyang jama‘ dan qasar disyaratkan :

1. Jarak jauh perjalanan hendaklah sampai dua marhalah iaitu lebih kurang 81 km atau lebih.

2. Perjalanan hendaklah menuju ke arah tertentu dan diketahui bahawa tempat yang dimaksudkan itu jauh.

3. Perjalanan itu bukan dengan tujuan maksiat. Bermusafir dengan tujuan berniaga arak, mengambil riba atau menyamun adalah maksiat maka tidak diberi kelonggaran.


SEMBAHYANG QASAR

  • Ia adalah sembahyang fardhu dengan memendekkan setiap sembahyang empat raka‘at iaitu Zuhur, ‘Asar dan ‘Isya’ menjadi dua raka‘at dalam perjalanan yang diharuskan.
  • Syarat-syarat sah sembahyang qasar seperti berikut :

    1. Sembahyang itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan ketika musafir.

    2. Orang yang bermusafir hendaklah telah sampai ke sempadan bandar atau pekan yang hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut.

    3. Orang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.

    4. Orang yang musafir tidak menjadi ma’mum kepada orang yang bermukim, maka sembahyang wajib ditunaikan dengan bilangan raka‘at yang sempurna.

SEMBAHYANG JAMA'

  • Sembahyang jama‘ bermaksud menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu.
  • Sembahyang jama‘ terbahagi kepada dua bahagian:

1. Jama‘ taqdim iaitu menunaikan sembahyang kedua dalam waktu yang pertama. Syarat-syarat jama‘ taqdim adalah seperti berikut :

a) Ditunaikan secara tertib antara keduanya, iaitu dengan menunaikan sembahyang yang pertama terlebih dahulu kemudian diikuti dengan sembahyang yang kedua.

b) Hendaklah berniat jama‘ untuk menunaikan sembahyang kedua ke dalam waktu yang pertama sebelum selesai sembahyang yang pertama ketika takbiratul ihram.

c) Ditunaikan secara berturut-turut (muwalat) iaitu sembahyang yang kedua ditunaikan segera sebaik sahaja selesai daripada salam sembahyang pertama tanpa dipisahkan oleh sesuatu pun sama ada zikir, sembahyang sunat atau lain-lain.

d) Perjalanan berterusan sehingga dilakukan sembahyang yang kedua.

e) Sembahyang yang pertama hendaklah diyakini bahawa didirikan dengan sah walaupun sembahyang itu mesti ditunaikan semula kerana mungkin ketiadaan air untuk berwudhu’.

2. Jama‘ ta’khir iaitu melewatkan sembahyang pertama ke dalam waktu kedua. Sembahyang secara jama‘ ta’khir tidak disyaratkan tertib antara kedua sembahyang bahkan boleh memulakannya dengan mana-mana sembahyang yang dikehendaki. Juga tidak disyaratkan muwalat (berturut-turut) tetapi ia disunatkan. Syarat-syaratnya ialah :

a) Berniat hendak melewatkan sembahyang pertama ketika dalam waktunya dalam jarak masa yang boleh ditunaikan sembahyang tersebut.

b) Orang yang bermusafir itu hendaklah terus berada dalam keadaan musafir sehingga kedua-dua sembahyang selesai didirikan.

SEMBAHYANG KHAWF (KETIKA TAKUT)

  • Sembahyang khawf ialah sembahyang fardhu yang didirikan ketika berlaku peperangan. Ia istimewa daripada sembahyang lain disebabkan beberapa rukhsah (kemudahan) yang diberikan terutamanya ketika berjama‘ah.
  • Sembahyang khawf mempunyai dua keadaan berdasarkan keadaan peperangan yang berlaku, iaitu:

    1. Keadaan berjaga-jaga dan peperangan belum tercetus.

    2. Ketika peperangan tercetus, saf-saf bertaburan dan suasana membimbangkan.

KEADAAN BERJAGA-JAGA DAN PEPERANGAN BELUM TERCETUS

  • Bagi keadaan ini terdapat dua cara yang berbeza dengan sebab perbezaan kedudukan musuh:

1. Ketika musuh berada dan terkawal pada arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Imam hendaklah menyusun tentera kepada dua saf, empat atau lebih dan bersembahyang bersama-sama dengan mereka. Apabila imam sujud, saf yang berada di belakang imam hendaklah turut sujud bersama dengan imam. Manakala yang baki hendaklah menjaga rakan-rakan mereka yang sedang sujud daripada gerakan musuh. Apabila imam dan saf yang sujud bersamanya bangun, maka saf yang berdiri tadi hendaklah sujud sehingga mereka bersama dengan imam ketika duduk tasyahhud. Selepas itu semuanya memberi salam bersama dengan imam. Inilah cara sembahyang yang dilakukan oleh Rasulullah dalam peperangan Asfan.

2. Ketika musuh bertebaran, bukan berada di arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Cara sembahyang yang disunatkan dalam keadaan tersebut ialah seperti berikut:

a) Tentera yang bersembahyang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama berdiri ke arah musuh kerana mengawal dan menjaga orang-orang Islam dan kumpulan kedua pergi menunaikan sembahyang secara berjama‘ah bersama-sama imam.

b) Imam bersembahyang bersama dengan kumpulan kedua hingga selesai satu raka‘at. Apabila imam berdiri pada raka‘at kedua, para ma’mum hendaklah berniat mufaraqah (bercerai daripada imam) dan mereka menyempurnakan raka‘at kedua secara sendiri. Kemudian mereka pergi ke tempat kumpulan pertama yang sedang berjaga.

c) Kumpulan pertama yang berjaga datang pula mengikut imam dan imam semestinya berdiri lama pada raka‘at kedua sekadar kumpulan pertama sempat berdiri bersamanya. Imam bersembahyang dengan mereka pada raka‘at kedua yang merupakan raka‘at pertama jika dinisbahkan kepada ma’mum. Apabila imam duduk untuk tasyahhud, mereka bangun menyempurnakan raka‘at kedua sehingga mereka duduk dalam keadaan imam masih membaca tasyahhud. Kemudian imam memberi salam bersama-sama mereka.

KETIKA PEPERANGAN TERCETUS, SAF-SAF BERTABURAN DAN SUASANA MEMBIMBANGKAN.

  • Apabila berlaku keadaan tersebut, maka tidak ada cara tertentu untuk ditunaikan sembahyang. Bahkan setiap orang menunaikan sembahyang mengikut keadaan yang mengizinkan mereka mendirikannya sama ada dalam keadaan berdiri, menunggang, berjalan kaki atau berhenti, sama ada menghadap qiblat atau tidak. Ruku‘ dan sujud dilakukan dengan isyarat atau dengan menggerakkan kepalanya sebagai isyarat kepada ruku‘ dan sujud dengan menjadikan sujud lebih rendah daripada ruku‘.

Rujukan:
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/pembahagian.htm

Monday, July 28, 2008

Antara Berusaha dan Tawakkal

Maasyiral muslimin rahimakumullah,

Iman adalah merupakan mahkota di dalam diri manusia, yang tersangat indah, yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tawakkal pula merupakan salah satu cabang dari cabang-cabang keimanan. Ada di kalangan kita yang menganggap bahawa tawakkal adalah menyerahkan segala-galanya kepada Allah tanpa berusaha. Bahawa tawakkal bermaksud menyerahkan segalanya kepada taqdir Allah seperti kapas yang berterbangan di udara ditiup oleh angin.

Sebenarnya tawakkal bermaksud bekerja dan mengusahakan sesuatu pekerjaan dengan sebaik kemampuan kita, kemudian itu menyerahkan hasilnya kepada Allah. Itulah tawakkal. Kita yakin bahawa tidak ada mudharat atau manfaat, tidak ada pemberi dan penahan melainkan Allah Taala. Jika kita ditimpa kesusahan dan kecelakaan, kita tidak akan merasa takut. Tidak akan bergoncang keimanan kita. Malah segala urusan kita, yang penting atau tidak, semuanya dikembalikan kepada Allah semata-mata. Inilah konsep Tawakkal!

Marilah sama-sama kita dengar firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 51 yang berbunyi:
Ertinya: Katakanlah wahai Muhammad bahawa tidak sekali-kali kami ditimpa musibah kecuali apa yang telah Allah tetapkan atas kami, Dialah (Allah) Tuhan kami. Dan ke atas Allah jualah hendaknya orang-orang beriman bertawakkal.

Inilah ciri-ciri orang yang bertawakkal. Pertama, dia berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan, dengan sebaik yang dapat diberikan. Kemudian dia menyerahkan hasil usahanya kepada Allah. Jika baik natijahnya, maka ia adalah dari Allah. Jika sebaliknya maka ia sudah ditetapkan oleh Allah juga. Maka dengan ini dia menyematkan dalam dirinya sifat bertawakkal kepada Allah.

Konsep tawakkal ini jelas diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Ada seorang pemuda yang datang berjumpa dengan Rasulullah. Dia meningglkan untanya di luar masjid tanpa mengikatnya terlebih dahulu. Rasullullah s.a.w. kemudian memanggilnya dan bersabda dalam hadithnya yang masyhur:
Ertinya: "Hendaklah engkau mengikatnya, kemudian bertawakallah."

Saudara-saudara yang dirahmati Allah,

Terdapat di kalangan masyarakat kita yang mempunyai salah tanggap terhadap konsep tawakkal ini. Mereka berpendapat bahawa tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki kerana rezeki setiap seorang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi kalau rezeki seseorang itu sedikit, maka itulah ketetapan dari Allah. Tidak perlu berusaha lebih gigih lagi. Sehinggakan ada pepatah Melayu yang berbunyi: Ulat dibawah batu pun ada rezekinya. Dari pepatah ini, sebahagian masyarakat kita menjadikannya semacam budaya untuk tidak berusaha sungguh-sungguh kerana Allah akan memberi kita rezeki. Kalau sedikit rezeki tersebut maka dia akan merasa cukup. Dan mereka berpegang kepada pepatah Melayu yang lain iaitu: Kais pagi makan pagi. Dari pepatah ini, ada segolongan masyarakat kita yang tidak mahu merancang jangka panjang bagi kehidupan mereka dan mata pencarian mereka. Apa yang mereka dapat pada hari itu, tidak perlu mereka fikirkan masa hadapan.

Sebenarnya, saudara-saudara sekelian, pendapat ini salah dan bertentangan dengan ugama Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha. Berusaha bukan sahaja untuk dunia ini tetapi yang lebih penting juga untuk akhirat. Dengarlah firman Allah ini dalam surah An-Najm, ayat 39 hingga 41:
Dan bahawasanya manusia tiada memperoleh sesuatu melainkan apa yang dia usahakan, dan segala usahanya itu kelak akan diperlihatkan, kemudian dia akan dibalas dengan balasan yang sempurna.

Lihatlah bagaimana Allah menentukan segala hasil yang diraih oleh manusia bergantung kepada usahanya. Jika usahanya gigih, maka baik lah hasil yang diperolehinya. Jika usahanya malas dan kurang, maka kurang lah hasil yang diraihnya. Setiap sesuatu Allah telah tetapkan kadarnya, bergantung kepada usaha kita. Orang yang berpegang kepada konsep yang salah seperti yang tersebut di pepatah: ulat dibawah batupun ada makanannya, orang ini berpegang kepada konsep yang bertentangan dengan Islam.

Kita mesti berusaha dan terus berusaha untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan kita samada kehidupan dunia atau akhirat. Kalau kehidupan di dunia, kita berusaha untuk menjadi lebih berjaya dan mampu untuk bersaing dengan orang lain dari sudut ekonomi dan lain-lain bidang. Kalau kehidupan di akhirat, kita mesti berusaha agar kita berjaya diterima masuk Syurga dan darjat kita di Syurga lebih tinggi lagi.

Untuk berjaya di dunia, kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja. Kita perlu merancang. Kita perlu menambahkan lagi ilmu kita, terutama dalam dunia zaman sekarang ini yang amat bergantung kepada tahap ilmu dan kemahiran kita. Pekerjaan sekarang lebih mengutamakan akal fikiran dan ilmu dari kekuatan jasmani dan kemampuan fizikal. Orang yang bergantung kepada kekuatan fizikal bagi pekerjaannya akan lebih rendah teraf dari orang yang bergantung kepada ilmu dan akalnya dalam pekerjaannya. Maka kita perlu merancang. Kita tidak boleh berkata: "Aku bertawakkal kepada Allah. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau kurang rezeki, takpelah." Ini salah! Kita tingkatkan kehidupan kita dengan terus menambah ilmu. Bekerja bersungguh-sungguh sahaja tidak mencukupi sekarang. Tetapi yang lebih diperlukan adalah bekerja dengan lebih baik dan kreatif. Dan ini memerlukan ilmu pengetahuan.

Dan Islam tidak melarang kita dari merancang untuk dunia ini. Rasulullah pernah menggambarkan bagaimana seseorang perlu merancang jangka panjang untuk kehidupannya di dunia ini. Beliau membawa contoh bahawa walaupun Kiamat terjadi, jika di tangan seseorang kita masih ada sebuah sebiji tamar untuk ditanam, maka kalau dia boleh menanamnya, hendaklah ditanamnya juga. Begitu perihatin sekali Rasulullah agar umatnya merancang untuk masa hadapan. Tetapi sebahagian dari kita tidak mahu merancang masa hadapan kita.
Dan yang lebih sedih lagi, mereka tidak merancang untuk akhirat mereka. Mereka tidak berusaha untuk meningkatkan amalan mereka saban tahun. Tahun demi tahun amalan mereka sama sahaja, atau lebih buruk lagi, semakin mengurang. Orang seperti ini akan rugi kedua-duanya, rugi dunia dan rugi akhirat. Di dunia dia hidup miskin dan hina, di akhriat juga dia tidak mendapat apa-apa. Semoga kita terlindung dari menjadi seperti orang-orang seperti ini.
Bagaimana kita merancang dan berusaha untuk akhirat? Jawapannya adalah satu. Dengan ilmu. Kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya: Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlu ada ilmu. Dan barangsiapa yang inginkan akhriat maka dia perlu ilmu juga. Dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka dia perlu ada ilmu juga.

Ilmu akan memberikan seseorang kemampuan untuk merancang. Ilmu akan memberikan seseorang untuk melakukan sesuatu amalan dengan khusyuk dan penuh ikhlas. Ilmu akan menjamin seseorang melakukan ibadatnya dengan betul dan diterima Allah. Ilmu juga akan dapat mendorang seseorang agar terus berusaha dan merancang. Maka carilah ilmu. Hargailah ilmu. Nilai ilmu tidak terhingga. Ilmu adalah pemberian berharga dari Allah kepada kita, lebih dari wang ringgit dan harta dunia. Inilah kuncinya. Ilmu. Dialah yang akan dapat membetulkan persepi yang salah terhadap konsep tawakkal itu.


sumber:
http://www.muis.gov.sg/websites/khutbah/ser-m-101120.asp

Friday, July 25, 2008

Pengertian iman mengikut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah serta kemungkinan bertambah dan berkurangnya iman

Pengertian Iman menurut Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah ; ikrar dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan anggota badan. Jadi, Iman itu mencakup tiga hal :
  1. Ikrar dengan hati.
  2. Pengucapan dengan lisan.
  3. Pengamalan dengan anggota badan

Jika keadaannya demikian, maka iman itu boleh bertambah atau boleh saja berkurang. Lagi pula nilai ikrar itu tidak selalu sama. Ikrar atau pernyataan karana memperoleh satu berita, tidak sama dengan jika langsung melihat persoalan dengan kepala mata sendiri. Pernyataan kerana memperoleh berita dari satu orang tentu berbeda dari pernyataan dengan memperoleh berita dari dua orang. Demikian seterusnya. Oleh karena itu, Ibrahim ‘Alaihis Sallam pernah berkata seperti yang dicantumkan oleh Allah dalam Al-Qur’an.

رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي

“Ya Rabbku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati. Allah berfirman : ‘Apakah kamu belum percaya’. Ibrahim menjawab : ‘Saya telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hati saya”. (Al-Baqarah : 260)

Iman akan bertambah tergantung pada pengikraran hati, ketenangan dan kemantapannya. Manusia akan mendapatkan hal itu dari dirinya sendiri, maka ketika menghadiri majlis dzikir dan mendengarkan nasihat didalamnya, disebutkan pula perihal surga dan neraka ; maka imannya akan bertambah sehingga seakan-akan ia menyaksikannya dengan mata kepala. Namun ketika ia lengah dan meninggalkan majlis itu, maka boleh jadi keyakinan dalam hatinya akan berkurang.

Iman juga akan bertambah tergantung pada pengucapan, maka orang berdzikir sepuluh kali tentu berbeza dengan yang berdzikir seratus kali. Yang kedua tentu lebih banyak tambahannya.

Demikian halnya dengan orang yang beribadah secara sempurna tentunya akan lebih bertambah imannya berbanding orang yang ibadahnya kurang.

Dalam hal amal perbuatan pun juga demikian, orang yang amalan dengan anggota badannya jauh lebih banyak daripada orang lain, maka ia akan lebih bertambah imannya daripada orang yang tidak melakukan perbuatan seperti dia.

Tentang bertambah atau berkurangnya iman, ini telah disebutkan di dalam Al-Qur’an maupun As-Sunnah. Allah Ta’ala berfirman.

وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا

“Dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab yakin dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya”. (Al-Mudatstsir : 31)

وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَى رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ

“Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata : ‘Siapa di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini ?’ Adapun orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir”. (At-Taubah : 124-125)

Dalam sebuah hadits shahih disebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, pernah bersabda bahwa kaum wanita itu memiliki kekurangan dalam soal akal dan agamanya. Dengan demikian, maka jelaslah kiranya bahwa iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang.

Namun ada masalah yang penting, apa yang menyebabkan iman itu boleh bertambah ? Ada beberapa sebab, di antaranya:

· Mengenal Allah (Ma’rifatullah) dengan nama-nama (asma’) dan sifat-sifat-Nya. Setiap kali marifatullahnya seseorang itu bertambah, maka tak diragukan lagi imannya akan bertambah pula. Oleh karena itu para ahli ilmu yang mengetahui benar-benar tentang asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya lebih kuat imannya daripada yang lain.

· Memperlihatkan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Allah yang berupa ayat-ayat kauniyah maupun syar’iyah. Seseorang jika mau memperhatikan dan merenungkan ayat-ayat kauniyah Allah, yaitu seluruh ciptaan-Nya, maka imannya akan bertambah. Allah Ta’ala berfirman.

وَفِي الأرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan” (Adz-Dzariyat : 20-21).

Ayat-ayat lain yang menunjukkan bahawa jika manusia mahu memperhatikan dan merenungkan alam ini, maka imannya akan semakin bertambah.

· Banyak melaksanakan ketaatan. Seseorang yang mahu menambah ketaatannya, maka akan bertambah pula imannya, apakah ketaatan itu berupa qauliyah maupun fi’liyah. Berdzikir -umpamanya- akan menambah keimanan secara kuantiti dan kualiti. Demikian juga solat, puasa dan haji akan menambah keimanan secara kuantiti maupun kualiti.

Adapun penyebab berkurangnya iman adalah kebalikan daripada penyebab bertambahnya iman, yaitu:

· Jahil terhadap asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini akan menyebabkan berkurangnya iman. Karena, apabila mari’fatullah seseorang tentang asma’ dan sifat-sifat-Nya itu berkurang, tentu akan berkurang juga imannya.

· Berpaling dari tafakkur mengenai ayat-ayat Allah yang kauniyah maupun syar’iyah. Hal ini akan menyebabkan berkurangnya iman, atau paling tidak membuat keimanan seseorang menjadi statik tidak pernah berkembang.

· Berbuat maksiat. Kemaksiatan memiliki pengaruh yang besar terhadap hati dan keimanan seseorang. Oleh karena itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda : “Tidaklah seseorang itu berbuat zina ketika melakukannnya sedang ia dalam keadaan beriman”. (Al-Hadits)

· Meninggalkan ketaatan. Meninggalkan keta’atan akan menyebabkan berkurangnya keimanan. Jika ketaatan itu berupa kewajiban lalu ditinggalkannya tanpa udzur, maka ini merupakan kekurangan yang dicela dan dikenai sanksi. Namun jika ketaatan itu bukan merupakan kewajiban, atau berupa kewajiban namun ditinggalkannya dengan udzur (alasan), maka ini juga merupakan kekurangan, namun tidak dicela. Karena itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menilai kaum wanita sebagai manusia yang kurang akal dan kurang agamanya. Alasan kurang agamanya adalah karena jika ia sedang haid tidak melakukan solat dan puasa. Namun ia tidak dicela karena meninggalkan solat dan puasa itu ketika sedang haid, bahkan memang diperintahkan meninggalkannya. Akan tetapi jika hal ini dilakukan oleh kaum laki-laki, maka jelas akan mengurangi keimanannya dari sisi yang satu ini.



sumber:

http://aliph.wordpress.com/2007/01/23/pengertian-iman-menurut-ahlus-sunnah-wal-jamaah/

Saturday, July 19, 2008

Definisi ilmu

Definisi ilmu

Dalam bahasa Melayu, ilmu bererti; pertama: pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain, atau pengetahuan berkenaan segala sesuatu selepas manusia itu mati. Kedua, ilmu bererti kajian berkenaan sesuatu perkara[3].Dalam bahasa Inggeris, ilmu dikenali dengan istilah knowledge. Walau bagaimanapun, istilah knowledge tidak membawa makna yang sama dengan ilmu dalam tradisi Islam. Sebab, ilmu adalah salah satu konsep yang mendominasi Islam itu sendiri[4].Istilah ilmu berasal daripada perkataan ‘ilm dalam bahasa Arab. ‘Ilm bererti lawan jahil[5]. Oleh itu, ilmu bukan sekadar bererti pengetahuan. Sebab, jahil bukan sekadar bererti tiada pengetahuan[6]. Istilah “zaman jahiliah” atau “hukum jahiliah”[7] boleh dirujuk dalam hal ini.Sebagai sebuah istilah khusus dengan konsep tersendiri, ilmu mempunyai lebih 1,200 definisi[8]. Hal ini disebabkan ilmu dan definisinya amat penting dalam akidah Islam. Tidak ada buku tentang ilmu kalam yang tidak membincangkan definisi ilmu, walaupun sedikit[9].

Selain itu, jumlah definisi yang banyak, juga disebabkan kesukaran mendefinisikan ilmu. Walaupun begitu, merujuk kepada sifat-sifat dan ciri-cirinya[10], ilmu boleh didefinisikan.Maka, ilmu ialah ketibaan makna tentang sesuatu dalam diri[11]. Ilmu juga didefinisikan sebagai iktikad kukuh yang tepat dengan hakikat[12].Kedua-dua definisi di atas, menolak maklumat, informasi[13], data atau fakta sebagai ilmu. Sebab, ilmu ialah maklumat, informasi, data, fakta atau apa-apa sahaja yang benar, yang bermakna dan memberi makna, berbentuk kepercayaan dan keyakinan[14], secara kukuh kepada diri seseorang.Oleh itu, ilmu bukanlah sesuatu yang neutral[15]. Ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai dan memberi nilai[16]. Maksudnya, tidak semua ilmu sah. Ilmu boleh jadi benar atau salah[17], boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi timur atau barat. Maka, orang yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu, memanifestasikan nilai ilmu itu.Berkaitan dengan hal ini juga, ilmu yang benar itu adalah suci[18]. Sebab, ilmu yang benar itu merupakan manifestasi keesaan, keagungan dan keilahian Allah[19]. Kesannya, ilmu tidak terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira niat dan keupayaan[20]. Hal ini merujuk kepada hierarki ilmu.

Hierarki Ilmu

Perbincangan tentang hierarki ilmu mendapat perhatian utama beberapa tokoh intelektual Islam kontemporari. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas[21] dan Seyyed Hossein Nasr[22]. Hal ini disebabkan, hierarki ilmu sering diabaikan pada zaman moden ini.Mendahului perbincangan ini, perlu dinyatakan dua persoalan, sebagai pembuka minda.Pertama: Allah berilmu. Manusia juga berilmu. Persoalannya, adakah ilmu Allah dan ilmu manusia sama? Kedua: Ilmu amat penting untuk mencapai apa-apa sahaja. Persoalannya, dalam mencapai apa-apa perkara tertentu, adakah semua ilmu mempunyai kedudukan yang sama?Allah mempunyai ilmu atas segala-galanya[23]. Manakala, manusia pula amatlah jahil[24]. Bilangan bulu mata sendiripun, tidak ada seorangpun yang tahu. Walaupun Allah dan manusia sama-sama berilmu, tetapi ilmu itu tidaklah sama[25]. Dengan itu, jelas bahawa ada hierarki atau darjat tertentu bagi ilmu.Kini, Malaysia ingin menjadi negara maju berteraskan sains dan teknologi. Oleh itu, ilmu sains dan teknologi amat diangkat kedudukannya[26]. Pakar bidang tersebut amat diperlukan. Dengan itu jelas bahawa ilmu dan ilmuan tertentu mempunyai hierarki tertentu dalam perkara tertentu.Daripada dua persoalan di atas, pemikiran yang benar akan mengakui bahawa ilmu mempunyai hierarkinya. Maksudnya, ada darjat-darjat bagi ilmu dan setiap satunya mempunyai kedudukan yang tersendiri. Kesannya, ilmuan bidang ilmu tertentu akan dinilai setaraf kedudukan ilmu itu.Sebab itulah, ilmu itu tidak terbuka kepada sesiapa sahaja. Setiap individu yang ingin menguasai ilmu tertentu, perlu mempunyai persediaan niat dan keupayaan yang sesuai dengan ilmu yang ingin dituntutnya.

Penutup

Perbincangan di atas, memberi kesedaran bahawa ada ilmu yang benar, dan ada ilmu yang salah. Ilmuan ilmu-ilmu tertentu, memanifestasikan nilai ilmu-ilmu berkenaan. Hierarki ilmu pula, meletakkan ilmu dan ilmuan pada kedudukan tertentu.Maka, hierarki ilmu membolehkan sesuatu ilmu itu dinilai, iaitu melalui ilmuan bidang ilmu itu. Dengan itu, jika ilmuan sesuatu ilmu baik, maka baiklah ilmu itu. Jika ilmuan sesuatu ilmu itu menganggap tidak salah untuk dia atau mereka melakukan keburukan, maka buruklah ilmu yang dia atau mereka wakili itu. Contohnya ilmu sihir untuk menganiaya orang lain.Memang tidak boleh dinafikan sekularisme dan dualisme sistem pendidikan. Akan tetapi, nilai buruk dan kebiadaban yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar, bukanlah disebabkan kesalahan ilmu yang dipelajari. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah kekeliruan dan salah faham terhadap ilmu.


Rujukan/tulisan :
Oleh:Wan Adli bin Wan Ramli
http://bintulyamin.blogspot.com/2007/08/konsep-ilmu-dalam-islam.html

Thursday, July 17, 2008

Sesi suai kenal bersama ustaz Hasri Harun (sheffield)

Kepada semua, pada hari ahad (20.07.2008) akan diadakan satu sesi ilmu (1st time) bersama ustaz Hasri Harun dari sheffield. Semua dijemput untuk memeriahkan sesi tersebut. Sesi tersebut akan bermula pada pkl 12.30 tgh hari (waktu germany). Caranya memalui yahoo messenger. Semua akan di"invite" dalam satu conference. segala pandangan dan soalan dalam sesi itu oleh anda semua amatlah dialu-alukan.